Info MyEXPO STEM 2019


Program

MyEXPO STEM Challenge 2019 Peringkat Negeri Johor

Pengenalan

MyEXPO STEM Challenge 2019 ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar terhadap aplikasi sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam pendidikan. Penganjuran MyEXPO ini memberi peluang kepada pelajar untuk melihat lebih dekat dan melakukan aktiviti hands on yang berkaitan dengan STEM. 

Objektif

·         Mencungkil bakat murid dalam bidang-bidang berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
·         Memupuk dan mengembangkan potensi dan kemahiran saintifik murid dalam bidang-bidang berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
·         Meningkatkan peratus penglibatan murid-murid dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum berorientasikan STEM.

Penganjur Utama

Persatuan Hokkien Daerah Kluang

Penganjur Bersama

Pejabat Pendidikan Daerah Kluang
Myrobot Enterprise

Rakan Kerjasama

·         Jabatan Pendidikan Negeri Johor
·         Pejabat Ahli Parlimen Daerah Kluang
·         Pejabat Daerah Kluang
·         Majlis Perbandaran Kluang
·         Jabatan Kerja Raya Kluang

Tema

“Explore STEM The Fun Ways”

Tema ini bertujuan untuk menggalakan pengunjung khususnya anak-anak muda untuk mengekplorasi konsep Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan kaedah yang menarik.


Tarikh, Masa & Lokasi

Tarikh              : 13- 15 Julai 2019

Masa                : 13/7/2019      (  5:00 pm – 10:00 pm)
                        : 14/7/2019      (10:00 pm – 10:00 pm)
                        : 15/7/2019      (10:00 pm –   3:00 pm)

Lokasi             : Dewan Besar Kluang Junction

Aktiviti Program

·         Pameran Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik
·         Pertandingan
·         Bengkel latihan
·         Aktiviti hands-on
·         Jualan

No comments:

Post a Comment